Monday, December 14

Makan

This is a photo of Alex enjoying her biscuits (ye...my alexander is a 'she'; sempena nama 'alexander the great') & sebelah dia yg tumpang posing tu Jignu (that 'encik' yg terjun from my window few months back). Ishhh...Puan Kucing (PK) mesti marah lagi tengok gambar yang tak berseni ni...

It's easy for them...takde susah2 nak pikir nak makan apa, lauk apa, makan kat mana...etc. Yesterday i gave them makanan tin in the morning (hari Ahad adalah hari makanan tin!) & after sessi menjilat-jilat jari etc diaorang terus tido...

So, i pun bersiap-siap, janji dengan my sister & BIL nak breakfast kat kedai nasik lemak yang baru bukak dekat2 area rumah ni (ke dah lama bukak tapi i tak perasan?) & bak katanya 'international' itu...? I don't really enjoy the nasi lemak though...sambal dia manis sikit & nothing much to brag about other than the exquisite environment. I also ordered goreng pisang ala bali; tak tau la pisang apa ( i memang buta pisang jugak selain buta benda2 lain..) deep fried, served with gula merah and kelapa parut. Reminds me of putu mayam, except pisang ni masak, lembik & kalau sesapa yang jenis makan makanan yang 'sihat2' je, xde lemak, organik bagai...maka lupakan la ye.

I saw another potential tempat lepak/makan 'Otak-Otak' dekat2 situ gak...nanti2 la nak try. Memang susah nak cari tempat makan best kat area ni...balik2 Al-Nainas tu. Di tambah pulak dengan takde teman nak melepaknya, lagi la melemahkan anggota badan nak adventure kedai2 makan ni. My dinner biasanya merely biskut meri or roti cicah air which i usually share with my furry companions (FC). Ada la di kalangan my FC ni yang jenis makan benda2 berasaskan tepung...Jack, AJ, Bubu & ada la sekor dua lagi. Kalau la cuma itu makanan diaorang kannn...tak payah le i terbongkok-bongkok mengangkut guni 15kg tu naik tangga..ishh..ishh

Tengahari tadi setelah dipujuk rayu oleh member se opis i si Monah, maka kami pun menapak la ke 'Pevilien' nun. Maka i pun telah mencuba steamed dumplings at kedai 'Taiwan Kecik'; which looking at the samples sungguh membuka selera, transparent looking & sungguh nampak berkhasiat. When i got the dumplings, sungguh indah sample dari realiti...idak le membuka selera i walaupun in the end habis jugak dumplings tu i makan sambil mendengar pok-pek pok-pek si Monah.

Alahai...bestnya di waktu2 hujan ni kalau dapat kopi o panas...kopi hai peng plak tu. Makan plak pulut ayam goreng...muahahahaha......

3 comments:

  1. perkara satu: i ke si PK tu.. kalau ye.. terpaksalah cakap.. betul la tu.. ka ka

    perkara dua: Mr K yang taksub dengan nainas tu..

    perkara tiga: Hai peng? Ala, kan ada kopi hai peng kat umah

    ReplyDelete
  2. 1. PK, agak2nya kalau dapat camera canggih ni bleh gak improve sikit kot kan...kan...kan...;p
    2. Mr K taksub sbb xde pilihan tu
    3. kopi ada...pulut tu??..ish

    ReplyDelete
  3. Answer to no 1- i doubt.. ke ke

    Answer to no 2- betul2.. tempat yang paling murah walaupun tak sedap mana

    Aswer to no 3- pulut? apa tu? i tak kenal lah.. ka ka

    ReplyDelete