the beach, the colours, the sound...
Thursday, April 21
Thursday, April 14
this and that
I reached office at 7.20 this morning. Setelah dihantar & ambik depan opis (bahagianya hidup...) oleh PK sejak2 dia mula bekerja (read : kerja maknanya duduk kat opis & end of the month dapat gaji ye...), semalam & hari ni kena memerah tenaga naik train balik sebab PK cuti. I woke up at 5.10 am after the third alarm. Paksa jugak bangun walaupun tengok Poi & Tam-Tam tido dengan sungguh nyenyak. I tau dah, kalau buat lembik2 badan mesti tertidur sampai pukul 8 kot. Pastu mula la meroyan, kalau boleh time tu la nak ada 8 tangan. I ni termasuk kategori kanak2 kot. Jarang sekali berjaya nak tido lambat unless ada benda nak buat yang boleh buat i leka. Idak le seperti kawan i yang sorang tu... sanggup tunggu TasbihCinta pukul 1.28 am sebab heroin dia cun. I ni, kalau le hero AbangNuar sekalipun, kalau dah cerita tu tengahmalam... babai je la. Dulu2 time2 i, PK & EncikD selalu tengok wayang malam2, selalu la i tertido dalam panggung wayang tu, kena siku toksah kata la.. Rasanya most of the cerita tu mesti ada i terlelap kejap. Sekarang ni partner tengok wayang i pulak species burung hantu, selagi cinderella tak bertukar pakai baju buruk, selagi tu la dia rasa macam pagi. Terpaksa la i ni terkulat2 berjegil mata, sambil kejap2 kena jeling.
Setelah dibebel oleh PK petang semalam, maka malam tadi i pun join le mereka seme makan malam kat PizaHat. Itu pun setelah i hentam beskut patsegi gula sebanyak 7 keping petang tu. Mana la boleh tahan nak tunggu time makan diorang yang duduk timezone lain dari i ni. Memandangkan i ni bekerja keesokan harinya, maka i pun meluncur la balik dulu; idak boleh le nak merewang2 bagai kat soping kompleks nun seperti mereka2 itu (penuh dengan perasaan dengki...). Macam biasa, i ni ada habit suka bukak laptop dulu sebelum tido. Kadang tu sempat bukak je, terus terlelap sampai pukul 4. Ntah kenapa, mesti jaga pukul 4 kalau tak off laptop. I pun bukak itu ini, sambil dengar lagu NurKasih yang Tiz nyanyi. Tetiba nampak la mc#1 si burung hantu tu online. Baru teringat yang kitorang ada date nak gossip2 online. Terus la kami bergossip pasal 'bos' me_cnor yang katanya tak boleh lagi menjejakkan kaki kat tower nun. Kepada me_cnor, kalau nak tau lebih lanjut sila buat appointment ye...hehe.
Walaupun malam esok nak gi Redang, mood nak pegi tu macam kureng je... Hopefully takde la anasir2 jahat yang akan mengancam kegumbiraan kami nanti (Golumn???). I haven't pack a thing. It is sooo, very unlike me. I ni jenis yang akan pack barang awal, seminggu awal pun pernah. Kali ni satu benda pun tak buat, seluar ke mana, selipar tempat lain, ubat muntah etc... Seriously, mood memang zilch. i think i'm gonna spend my time tido dalam bilik je la kot...hehe
Tetiba rasa takde mood pulak nak sambung tulis. Nanti2 je la i hapdate lagi ye. Ini pun i tulis sebab dah tak larat nak baca message me_cnor yang pagi petang suruh hapdate. Mentang2 la dia ada lambakan entry. Selama ni yang kita dok tulis bertubi2 tu taknak pulak kira ye...
Hokay la, nanti i buat entri gambar2 redang .....kalau rajin!
Tetiba rasa takde mood pulak nak sambung tulis. Nanti2 je la i hapdate lagi ye. Ini pun i tulis sebab dah tak larat nak baca message me_cnor yang pagi petang suruh hapdate. Mentang2 la dia ada lambakan entry. Selama ni yang kita dok tulis bertubi2 tu taknak pulak kira ye...
Hokay la, nanti i buat entri gambar2 redang .....kalau rajin!
![]() |
| bestnya Tam-Tam tido .... |
Subscribe to:
Posts (Atom)










