Monday, November 22

great expectations

Imagine having to carry your baby, standing hours by the roadside every morning and evening.  Dengan asap2 kereta, bas segala in the hot sun.  We adults boleh tahan lagi; but babies dah tentu rasa tak selesa, penat, panas and kalau i dah tentu mengamuk bagai nak rak dah. Ada yang tertidur, ada yang sembunyikan muka dalam tudung mak sebab panas, yang kena dukung and ada yang baru boleh berjalan. Walaupun dah seminggu balik sini, those are the scenarios yang i tak boleh nak lupa.  I saw that every morning and evening for almost two weeks.  Those ladies are called 'joki'.  They are paid by passing vehicles yang tak cukup kuota 3 orang dalam kereta.  Not only ladies, tapi budak2 yang sepatutnya sekolah pun ramai buat kerja tu.


Sometimes i realised that i'm not being grateful.  I have my own house and car walaupun buruk.  I have good job, enough for me walaupun tak boleh nak bermewah2.  I have my family, friends and FCs around me.  But still, kadang2 tu ada je benda i nak merungut.  Orang lain ada yang kena duduk bawah jambatan, anak plak ramai, kecik2 plak tu, bapak plak takde keje walaupun kekadang tu nampak cam sihat je...apasal tak keje?  Susah nak dapat keje kot kan?  Ada pulak tu dah la hidup susah, sakit pulak tu.


Susah nak fulfill our needs kan?  Bila kita dah dapat satu2 benda tu, we tend to ask more, and more, and more... Katalah hari ni we are grateful for the small house we have, perabot pun cuma katil and tv je.  Esok kita teringin nak beli sofa pulak.  Walaupun kita dah bersyukur dengan sofa murah yang kita dah ada tu, esok2 kita teringin pulak nak sofa2 mahal yang custom made segala.  Tu belum lagi tetiba gatal gi tengok showhouse mana2, teringin plak nak upgrade rumah tu.  Keinginan manusia ni memang sentiasa bertambah kan?


Kegedikan kita ni bukan setakat materials je; even in our relationship with humans and pets.  Dah kucing kita pandai guna litter box, kita expect plak diaorang pandai bersihkan sendiri bekas tu, tolong sapu sampah sidai kain segala.  Dah kita ada kawan2 family keliling ada je benda yang kita tak puas hati.  Kalau dah kita tau orang tu ada perangai A,B,C; walaupun kita dah boleh accept semua tu, kita nak pulak kalau boleh dia ada perangai D,E,F.  When our expectations are not fulfilled kita pulak yang frust and sakit hati.  Sapa suruh ada keinginan yang pelik2 kan?


I don't know if my expectations yang sentiasa bertambah2 ataupun i ni yang cepat boring dengan satu2 benda.  Kalau hati tengah baik, mood tengah excited orang buat apa pun ok je; penat sampai nak merangkak pun boleh senyum lagi. Cuba kalau dalam hati tu ada suara2 setan sikit, hal2 kecik pun dah boleh buat tarik muncung, walaupun halnya cuma sebab tisu atau sudu je.  Hmmm...tu la kan, kesimpulannya manusia ni memang pelik; tak cukup2 dengan apa yang ada...

5 comments:

  1. ya betul! betul! sy sangat bersetuju...

    ReplyDelete
  2. hmmm...sessi hormon tengah xbetul...

    ReplyDelete
  3. skarang hormon dah betul kan..so pelagi update lorrrrrr tanpa ganguan emosi dr mana2 pihak..

    ReplyDelete
  4. me_cnor : hormon dah ok tapi hormon malas plak keluar...hehe

    PK : ehhh...ok apa...dua makcik kalau tido sekatil pun xjadi apa2, masa lapang bleh la kait baju sejuk sama2 ...kakaka

    ReplyDelete