Monday, August 9

entry takde tajuk

ok...so it's a new template.  I've spent days looking for new background, asyik kaler biru tu je kan... After berkali2 tukar, at last i found this.  Bukan la the best or yang paling i suka pun, but at least senang nak di guna oleh orang yang tak berapa celik benda2 cenggini.  Jangan le terkejut kalau tetiba background ni bertukar lagi.  Even sampai sekarang ni i masih lagi kagum macamana la orang bleh buat script template ni.  Tulis itu ini, kita paste je kat situ...and wowww...terus keluar gambar2 kaler...hehe.  Bijak sungguh!  And ohhh...kekawan, notice tak gambar cawan kopi kat tepi url tu?  ...hehe...bijak kan?


I promised me_cnor nak tulis pasal teater CTM hari tu, tapi kan; update dengan mulut lagi senang kan.  Dah le gambar pun takde nak tepek kat sini.  Itu satu je gambar yang i ambik dengan henpon sebelum teater tu start, itu pun kecik senoet je, cukup la sebagai bahan bukti, kan.  Sila la baca blog PK (< sila la click ye...ni pun baru belajar ni..hehe) kalau nak tau lebih lanjut.  My comment is... memang teater tu best.  I've never thought that i would enjoy cerita tu (belum apa2 dah skeptic...!).  Thanks to OC's boss sebab berjaya menghasut PK tengok citer ni.  Walaupun PK tidak berapa celik seni (hehe...) tapi nasib baik dia pun enjoy tengok teater ni.  So, next thing i teringin nak gi tengok ialah konsert Philharmonic Orchestra; tak tau la bila plak nak rasa tak sayang duit pi tengok benda ni, bila ha PK?


Aktiviti2 lain adalah tidak berapa memberangsangkan.  Cubaan2 menonton wayang kebanyakkannya tak jadi disebabkan teman menonton yang seringkali terpaksa mengensel acara menonton disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan.  Nak pi tengok sendiri memang la sangat boleh, tapi ada kemungkinan pulak i nak kena tengok citer sama dua kali nanti.  Selain daripada berladang dengan tekun di Famvil, aktiviti hujung minggu yang tak dapat dielakkan adalah pergi ke tesko.  Bukan le sebab i minat kat cashier tesko tu ke apa, tapi supply biskut budak2 kat bawah nun sungguh cepat habis.  PK pulak memang la tidak boleh mengharapkan diri sendiri pegi beli; selain daripada diri sendiri yang tak berapa larat tu, dia jugak takut nak pi beli dengan Encik D (haha..!!).  Makanya, jangan la disalahkan i kalau sering sangat mengunjungi pasaraya tersebut ye.  i ni memang dah layak nak jadi duta tesko tu gamaknya, cuma muka je tak comel...cuba rupa ada iras2 jennifer aniston, harus wajah i terpampang di dada2 bas tauuu.


I went to RumahSemua last saturday.  Mak aaiii, punya la ramai manusia.  Kalau bukan sebab minggu depan dah nak puasa, memang le i tak layan nak bersesak2 bagai kat sana nun.  I had to go sebab (ehemmm...!) sebagai seorang kakak yang berkaliber dan kekononnya yang agak berseni le sikit dari pompuan2 lain kat rumah tu, makanya i telah disuruh membuat benda2 hantaran for my brother yang nak bertunang seminggu lepas raya.  Idak le kuasa i nak melayan bersesak2 di bulan puasa dengan diri yang tak berapa larat, lagi2 kalau pergi dengan pompuan2 lain kat rumah tu...masing2 kalau shopping macam ada kuasa turbo.  Uuuuuhhhh...i can sense my mother's tension.  Dah le my brother nak bertunang, my sister plak bawak balik boifren dia on sunday.  Memang duduk kat hujung mulut je la tu nak suh i kawin... i paham sangat...hahahahha.   


Hmmm...rasanya itu je la kot aktiviti2 yang layak di update.  Sorry la ye me_cnor, memang takde aktiviti menarik setakat ni.  Takkan le i pi sopping kat jalan tengah hari jemaat tu pun nak update kannnn... (ehhh...tapi kan, i beli kasut kerok tau hari jemaat hari tu, sopping dengan CikSecretary & Puan SH...hehe).  Nanti kalau ada benda menarik i update lagi...


Kepada kekawan semua, selamat menyambut bulan Ramadhan.  I'll try not to mengumpat dalam entry2 bulan puasa ni ye...hehe

4 comments:

  1. sungguh canggih manggih blog nih..muahahahhahahha....
    pelik la..nape la tesco tu taknak wat contest sape yg pembeli tegarrrr...kompem calon dah ada...huhu...penuh aktiviti dihari jumaat sabtu ahad ngan membeli belah ye..ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. ye...membeli dan membelah purse sendiri...

    ReplyDelete
  3. komen utk perenggan pertama: penin lah tengok template ni.. kotak2 macam dam aji.. nak baca pun takleh concentrate..heheh. Tapi cantikkan kalau ada baju kurung cegini, yang siap di sembat

    komen utk perenggan kedua: Wah.. kutuk gua. Memang pun wa pun risau mulanya tertidur kat Ib, sib baik tak. philharmonic? Boleh. Boleh. siapa sayang duit, sementelah lagi duit orang yang nak belanja kita :-)

    komen utk perenggan ketiga: bukan takut kena marah Encik D, cuma takut takut encik D start kira berapa cupak biskut berjaya di habiskan dalam satu hari.. nanti kalau Encik D start intip akvitiviti masa lapang payahlah nanti. Moralnya, biarlah kita bagi org lain aje jadi duta tesko. Kita jadi duta speedmart cukuplah.

    Perenggan ke empat: mommy mesti sebak mengenangkan nasib anak sulung dia.. ish, tak lama lagi sebaik sahaja melangkah masuk rumah mommy mesti ada dengar luahan hati dia yang kecewa anak sulung dia tak reti2 nak kawin. heheh

    ReplyDelete
  4. panjangnya komen, macam satu entry plak...

    ReplyDelete